Like A Dream
Greyson's Girlfriend :3

hi there! i'm Eyqa Fahara. i want to share with you bout my life, my love and all about me :3. wanna know me better. keep reading my story :p



stories! personal! buddyz! whoops!


Scream!

Put your CBOX codes here!

Credits!

Template: Farah Ain Humaira
Basecodes: AtiQah Shafie
Others: ♥ ♥ ♥

again?

assalamualaikum :)
hmm, tak sangka yang dia akan text aku. siapa? di hujung nanti aku bagitau, biar aku cerita dulu. aku tak sangka dia text aku untuk ajak keluar sama. tapi aku rasa tak keluar sama sama, sebab aku ngan kawan aku, dia ngan kawan dia. ni text yang dia bagi aku.


"wei ni aku mukmin. hari rabu ni aku 
gi kl mai aa, zila pergi"

sebijik aku salin balik dari phone aku :). dah tau siapa kan? hahaha, jap! kenapa aku beriya iyaa sangat cerita pasal dia. hmm, sebabnya, aku sakit hati bila danish buat aku macam ni, sekarang aku sedar siapa kaca, siapa permata *aduh! ayat tak boleh blah shiaa*. tapi, betullah. aku dah salah nilai orang. and aku akan hilang dia sampai bila bila. mungkin ni dah memang jalan cerita hidup aku yang ditentukan oleh Allah. mungkin Allah nak bagi aku lebih baik dari diorang bertiga :). 

aku hilang naem sebabnya aku pun taktau. maybe aku rasa bersalah kat dia. aku dah banyak kali curang ngan dia, tapi dia boleh buat bodoh je semua tuh. aku serba salah shiaa. baik aku lepaskan dia, aku tahu dia kecewa ngan aku, so, better aku pergi. tapi sekarang, dia datang balik. even dia mintak nak jadi adopt brother pun i can't. sebab aku takut................. entahlah, aku pun tak tau nak cakap macam mana. haih! *takpayah jiwang sangat kan* macam bodoh bodoh je, hahaha.

danish pulak, semuanya bermula time kitaorang dah mula baik dan menjadi kawan selepas satu pergaduhan yang besar. dia ni musuh aku sejak azali lagi. memang menyampah gila khinzir *takboleh mencarut nanti ada yang cela di fb, twitter* haha, kat dia ni. taktau sebab apa. apa yang dia buat, semua tak kena ngan aku. rasa nak marah je. *bukan masalah ladies, okay*. taktau kenapa. tapi, tak lama lepas tuh, kitaorang dah jadi kawan. taktau macam mana, dia jadi crush aku. bak kata orang benci berpada pada. sekarang, "BENCI JADI CINTA". tapi, tak lama lepas tuh, kitaorang gaduh balik, ni gaduh serious. sampai sekarang tak baik baik. tapi satu hari tuh dia text aku mintak nombor kak leyna. hmm, dah baik ngan kak leyna lah tuh. takpe lah, hope so diorang happy. sekarang, status aku ngan dia hanyalah sekadar kawan lama yang telah gaduh :'). *orang yang kita benci sangat sangat sekarang adalah orang yang betul betul kita sayang dulu.*

hmm, pasal orang yang aku cerita kan kat atas tadi, mukmin. dia ni lama dah aku usha. time gaduh ngan danish lagi. usha macam tuh je, tapi dia tak pernah serious ngan aku, aku tinggalkan dia. aku hantar text yang pelik kat dia. tak sangka yang dia akan sedih *terharu*. tapi nak buat macam mana, aku sendiri yang mintak perpisahan tuh, bak kata pepatah, "terlajak parking kereta boleh gostan, terlajak mintak clash nak mintak balik, malu!".  hahahah, *jangan poyo sangatlah*. tapi, bila dapat tahu yang dia tengah bahagia dengan orang lain, hati ni macam tak rela cerita tuh betul. ohh, apa yang aku dah buat? apa sebenarnya yang aku nak? *cinta tak bermaksud memiliki, kan?* so, aku rasa better aku biarkan dia bahagia dengan orang yang betul betul boleh bahagiakan dia. aku akan sokong apa je yang dia buat. mungkin cara tuh akan buat aku lebih senang. *melihat orang yang aku sayang bahagia, itu dah cukup untuk buat aku tersenyum :)*

semua orang layak untuk bahagia kan? so, aku akan cari kebahagiaan aku suatu hari nanti :). kebahagiaan yang telah ditetapkan oleh Ilahi untuk hambanya. pasti ada kebahagian untuk aku *so, relax jelah kan* okaylah, harap korang enjoy dengan entries aku kali ni :). 

aku akan tersenyum untuk kebahagiaan kau, kawan :)